suria

13 Hilang Ketika Memancing Di Sabah

Bot berkenaan meninggalkan jeti Pemasaran Perikanan Sabah (Safma) pada pukul 11 pagi Jumaat dan sepatutnya pulang pada pukul 1 petang Ahad. - GAMBAR HIASAN

KOTA KINABALU: Seramai 13 orang termasuk 10 pemancing dilaporkan hilang di kawasan perairan di antara Pulau Mantanani dan Pulau Mengalum, kira-kira 70 kilometer dari barat laut ibu negeri Sabah.

Satu operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan pada 8.30 malam Ahad selepas pemilik bot membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengerahkan aset masing-masing pada awal Isnin untuk mengesan bot yang hilang itu.

Maklumat terperinci tentang kesemua mangsa yang hilang itu masih belum diperolehi tetapi pemilik bot berkenaan memaklumkan kepada pihak polis bahawa dia terputus hubungan dengan kapten bot terbabit pada Jumaat lalu.

Katanya, bot berkenaan meninggalkan jeti Pemasaran Perikanan Sabah (Safma) pada pukul 11 pagi Jumaat dan sepatutnya pulang pada pukul 1 petang Ahad.

Hilang, Memancing, Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain