suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Termasuk Bayi 10 Bulan Maut Dalam Nahas Di Jelebu, Jempol

JELEBU: Seorang lagi mangsa kemalangan di Kuala Klawang semalam meninggal dunia, menjadikan angka korban meningkat kepada tiga orang, dan enam lagi cedera.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superitendan Othman Basri berkata, Nadzirah Mohamad Syukur, 26, yang merupakan penumpang kereta Perodua Bezza, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 

Dua lagi mangsa kemalangan yang maut ialah penumpang Perodua Bezza, Nur Rizqi Aaliya Mohamad Hakim, 10 bulan, dan Halimah Ludin, 64, yang menaiki Proton Saga FLX.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan di KM23 Jalan Seremban-Simpang Pertang pada 5.20 petang itu berlaku apabila Proton Saga FLX yang dinaiki empat orang dipandu Mohd Azrulnizam Azhari, 31, dari arah Seremban menghala ke Kuala Klawang cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun gagal.

"Kenderaan itu seterusnya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Bezza dipandu Mohamad Hakim Mohd Maddin, 28, yang dinaiki lima orang," kata Othman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-- Bernama




Jelebu, Jempol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain