suria

Rekod BN Berjaya Terjemah Manifesto - MB Johor

Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BARU: Rekod bersih Barisan Nasional dalam menterjemahkan agenda, manifesto dan pemerintahan jadi ukuran buat rakyat menilai kemampuan kerajaan Johor memimpin negeri ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, 99.2 peratus manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya lalu telah dilaksanakan. 

"Semua parti pembangkang pasti akan mengeluarkan kenyataan yang sama untuk meraih sokongan rakyat. 

"Kita akan terus berlawan dengan menunjukkan matlamat dan agenda kita jelas dan akan membawa Johor jauh ke hadapan bukan hanya dengan cara retorik," kata beliau kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang yakin menawan 10 kerusi lagi Dewan Undangan Negeri di Johor, Jumaat malam. - Bernama

Artikel Lain