suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Loji Rawatan Air Langat, Cheras Beroperasi Semula

PETALING JAYA: Loji rawatan air Langat dan Cheras beroperasi semula selepas ia ditutup sementara pada Jumaat malam.

Operasi loji rawatan air Langat disambung semula pada pukul 9 pagi manakala di loji rawatan air di Cheras pada pukul 12 tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, pasukan pengawasan sungai di Selangor masih membantu Badan Kawal Selia Air Pahang dan Jabatan Alam Sekitar Pahang bagi mengenal pasti punca pencemaran bau di Sungai Semantan pada Jumaat malam.

Bekalan air disambung semula di kawasan terjejas di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat secara berperingkat mengikut jadual.

Lebih 420,000 isi rumah menerima kesan berikutan penutupan loji rawatan air.

"Ia merupakan satu langkah sementara, bagi memastikan pengguna tidak mengalami gangguan bekalan air untuk tempoh yang panjang," katanya.

Bantuan bekalan air akan disalurkan menerusi lori tangki ke kawasan terjejas dan premis yang kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis.

Artikel Lain