suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Denggi: Empat Kematian Dicatatkan

KUALA LUMPUR:  Empat kematian akibat denggi dilaporkan, dengan dua di Negeri Sembilan dan masing-masing satu di Selangor dan Johor bagi tempoh 25 September hingga 1 Oktober lepas, iaitu minggu ke-39 pemantauan.

Ia menjadikan 186 jumlah kumulatif kematian denggi sejak Januari hingga 1 Oktober berbanding 253 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata 1,701 kes demam denggi direkodkan dalam minggu pemantauan itu berbanding 1,818 pada minggu sebelumnya.

"Ini menjadikan 83,224 jumlah kumulatif kes denggi dari Januari hingga 1 Oktober 2016 berbanding 91,822 kes dalam tempoh sama tahun lepas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, bilangan kes jangkitan virus Zika di seluruh negara kekal tujuh dalam tempoh sebulan sehingga 1 Oktober. - BERNAMA

Denggi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain