suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Lelaki Hina Puteri Sulung TMJ Di Facebook

JOHOR BARU: Polis menahan seorang lelaki kerana mengeluarkan kenyataan berbaur kesat dan penghinaan terhadap anak sulung Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman media sosial, Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di Jalan Masjid Wakaf Baru, Kelantan kira-kira pukul 11 pagi Selasa.

Menurut Wan Ahmad, suspek didakwa mengeluarkan komen berbaur penghinaan terhadap kerabat Diraja Johor berhubung status anak perempuan Tunku Ismail.

"Penahanan dilakukan oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

"Menerusi tangkapan itu, kami juga merampas kad SIM yang digunakan suspek untuk memuat naik kenyataan kesat itu terhadap TMJ menerusi Facebook," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.





anak sulung TMJ, Facebook

Artikel Lain