suria

Mengundi Calon Berdasarkan Kaum Sukarkan Perkongsian Kuasa - Zahid

Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan perwakilan yang hadir pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Bangunan Umno Perak pada Ahad. -fotoBERNAMA

IPOH: Tindakan mengundi calon mengikut kaum dalam mana-mana pilihan raya hanya menyukarkan perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang menjadikan Umno sebagai contoh, berkata parti yang ditubuhkan sejak 1946 dan menjadi tulang belakang kerajaan itu tidak pernah mengetepikan bangsa atau agama lain yang ada di negara ini.

"Kalau bagi undi mengikut kaum, sampai bila kita boleh laksanakan perkongsian kuasa ini, sedangkan orang Melayu di mana-mana sentiasa berkongsi kuasa.

"Kita harus bertoleransi. Dunia telah berubah, keadaan politik telah berubah, Cina perlukan Melayu dan India begitu juga sebaliknya kerana ini negara majmuk," katanya ketika menutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga bapa angkat kepada Umno Bahagian Ipoh Barat.

Ahmad Zahid Hamidi, Umno

Artikel Sebelum

PKR Kesal Lajim Lompat Parti

Artikel Berikut

Artikel Lain