suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Air Di Kuala Langat, Sepang Pulih Sepenuhnya

KUALA LUMPUR: Masalah gangguan bekalan air di daerah Kuala Langat dan Sepang pulih sepenuhnya pada Ahad.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah dalam kenyataannya berkata, hanya beberapa kawasan di daerah Petaling dan Hulu Langat yang masih mengalami gangguan bekalan air sehingga 2 petang Ahad.

"Kawasan terjejas di daerah Hulu Langat termasuk Bandar Sunway Semenyih, Bandar Tasik Kesuma, Bandar Teknologi Kajang, Bluewater Estate, Desa Serdang, Gita Bayu, Mines Resort, Taman Bukit Semenyih, Taman Bangi Jaya, Taman Dusun Jaya dan Pusat Tahanan Imigresen Semenyih.

"Di daerah Petaling hanya kawasan Bandar Puteri Puchong terjejas dan bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke beberapa kawasan di kedua-dua daerah tersebut sehingga kolam takungan air mencapai paras optimum," katanya.

Amin Lin turut menyarankan supaya pengguna menggunakan air dengan cermat agar paras optimum kolam takungan air di kawasan terlibat dapat dicapai dan dikekalkan dengan kadar segera.

Beliau berkata pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja pembaikan itu melalui aplikasi telefon bimbit 'mySYABAS' atau melayari www.syabas.com.my. - BERNAMA

Bekalan Air, Syabas, Kuala Langat, Sepang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain