Sumbangan RM100,000 Tanggung Kos Rawatan Pesakit Kanser Rahang - MB - Semasa | mStar

Sumbangan RM100,000 Tanggung Kos Rawatan Pesakit Kanser Rahang - MB

Ahmad Razif (kanan) melayani karenah Mohamad Syafi (tengah) yang duduk di dalam sebuah kereta permainan bermotor yang diterimanya di rumahnya di Taman D Karry, Kampung Padang Landak, Jerteh pada Ahad. Turut hadir isteri Razif, Harlina Zakaria (kiri) ibu Mohmad Syafi, Nor Zuriana Madri, 38 (dua, kiri) dan bapa Mohamad Syafi , Mohd Syahrizan Ibrahim, 39 (dua, kanan). -fotoBERNAMA

BESUT: Atas dasar prihatin, kerajaan Terengganu memberi sumbangan serta merta berjumlah RM100,000 kepada keluarga pesakit kanser rahang, Mohammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, dalam usaha membantu mengurangkan kos rawatannya yang mencecah RM9,000 sebulan.

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata pemberian sumbangan itu adalah yang pertama kali diberikan kerajaan negeri sempena sambutan Maal Hijrah 1438H hari ini, dan pelancaran Tabung Darul Iman minggu depan.

"Kerajaan negeri bersimpati dengan penderitaan ditanggung adik Mohammad Syafi yang menghidap penyakit kanser sejak 2014. Ibu bapanya pula terpaksa membelanjakan hampir RM9,000 setiap bulan untuk membeli ubat dan pemakanannya.

"Penyakit kanser dihidapi adik Mohammad Syafi jarang berlaku di negara ini dan beliau merupakan pesakit pertama menghidapnya di Pantai Timur daripada beberapa pesakit yang dikesan di negara ini," katanya selepas melawat Mohammad Syafi dan keluarganya di Taman D Karry, Padang Landak di sini, Ahad.

Turut hadir, isteri beliau Harlina Zakaria; exco kerajaan negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan Nawi Mohamad; Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu Dr Mohamad Omar dan Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Dalam pertemuan itu yang turut disertai badan bukan kerajaan, Kumpulan 100 Bikers, Ahmad Razif menghadiahkan sebuah kereta permainan bermotor, ubat-ubatan dan hamper kepada Mohammad Syafi.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan berusaha untuk membantu Mohammad Syafi serta keluarganya dari semasa kes semasa bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Katanya penyakit dihidapi Mohammad Syafi kini di peringkat 'bertahan', walaupun perkembangan terakhir menunjukkan hampir 80 hingga 90 peratus daripada tulang rahang mukanya rosak.

Dalam pertemuan hari ini, Mohammad Syafi yang pada mulanya tertidur kerana kepenatan, terjaga apabila diberitahu menerima hadiah istimewa daripada Ahmad Razif.

Beliau dengan dibantu bapanya Syahrizan Ibrahim, 39, kemudian menaiki kereta yang dihadiahkan itu, menyebabkan semua yang hadir tersenyum melihat telatahnya.

Ahmad Razif Abd Rahman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?