Umno Tidak Gentar Mukhriz Tanding Di Kedah - Ahmad Bashah - Semasa | mStar

Umno Tidak Gentar Mukhriz Tanding Di Kedah - Ahmad Bashah

Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah.

ALOR SETAR: Umno Kedah tidak gentar sekiranya bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Mukhriz, yang kini menjadi Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berhak bertanding di mana-mana kerusi seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam dan Parlimen Jerlun yang pernah disandangnya.

"Mungkin Mukhriz mahu bertanding di Parlimen Kubang Pasu yang pernah disandang bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita alu-alukan dan kita tidak gentar untuk berhadapan dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Kedah di sini, Isnin.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah mengulas laporan media mengenai kenyataan Mukhriz yang mahu mengetuai PPBM di Kedah dan seterusnya bertanding dalam PRU ke-14 di negeri kelahirannya itu.

Ditanya mengenai sokongan kepada PPBM, Ahmad Bashah berkata mereka yang menyokong parti pembangkang itu adalah yang kecewa kerana tidak mendapat sebarang jawatan dalam parti di peringkat cawangan.

"Parti itu (PPBM) hanya disokong oleh mereka yang kecewa dengan Umno sama seperti pemimpinnya yang kecewa dengan Umno. Sekarang mereka yang kecewa itu ada peluang untuk mendapat jawatan," katanya.

Ahmad Bashah berkata perkara itu tidak menggugat kedudukan Umno kerana parti berusia 70 tahun itu telah menabur bakti kepada rakyat dan mereka mampu menilai perjuangan yang dilakukannya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mewujudkan bazar wanita bagi membuka peluang kepada golongan itu menambah pendapatan sekaligus menjadi pusat sehenti untuk peniaga dan usahawan wanita.

Terdahulu, Ahmad Bashah dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Yatimah Sarjiman serta Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Suraya Yaacob menjadi tetamu pada program bicara santai bersama Menteri Besar Kedah dengan topik 'Muafakat Wanita Kedah'. - BERNAMA

Umno Kedah , Mukhriz Tun Mahathir

Artikel Sebelum

Kuari: Penduduk Dalam Bahaya

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain