suria

Blind Leading The Blind Edisi Ke-12 Berlangsung 9 Oktober Ini

PETALING JAYA: Kolaborasi antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Kelab Lion daerah ini diteruskan menerusi penganjuran program amal ‘Blind Leading The Blind’ kali ke-12.

Program yang akan berlangsung 9 Oktober ini memerlukan peserta berjalan sejauh tiga kilometer bermula dari Dataran Petaling Jaya.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, program jalan amal itu bertujuan menyedarkan orang awam mengenai cabaran yang dilalui golongan cacat penglihatan ketika menjalani aktiviti harian dan persekitaran.

“Program ini akan diteruskan sehingga masyarakat miskin dan golongan kurang berkemampuan mendapat pertolongan sewajarnya,” jelas beliau.

Penganjuran program ini juga bagi mengumpul dana untuk disumbangkan bagi kos rawatan mata dan pembedahan katarak di kalangan individu cacat penglihatan yang tidak berkemampuan.

Pengerusi program ini, Mah Siew Fong berkata, sejak  2003 hingga 2015, Kelab Lions berjaya mengumpul lebih RM1 juta.

“Semua dana yang dikumpul akan diserahkan kepada Hospital Mata Tun Hussein Onn bagi tujuan rawatan tersebut.

“Melalui dana tersebut, pembiayaan rawatan dapat disalurkan kepada 20,000 orang, manakala 2,000 bagi pembedahan katarak untuk golongan kurang berkemampuan,” jelas beliau.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengerusi Tune Protect, Razman Hafidz Abu Zarim.


MBPJ, Blind Leading The Blind

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain