suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penulis Malaysia Menang Anugerah Di Britain

LONDON: Seorang penulis kelahiran Malaysia mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah pada British Fantasy Award yang berlangsung di sini, Ahad.

Penulis kelahiran Selangor, Zhe Cho menerusi novel Sorcerer to the Crown, merangkul Anugerah Penulis Baharu Terbaik dalam majlis yang berlangsung di FantasyCon 2016, Scarborough, England.

Zhe Cho mengenepikan cabaran penulis lain iaitu Becky Chambers (The Long Way to a Small Angry Planet), Peter Newman (The Vagrant), Steven Poore (The Heir to the North) danMarc Turner (When the Heavens Fall).

Novel Zhe Cho turut tersenarai dalam Anugerah Novel Fantasi Terbaik yang dimenangi oleh Naomi Novik menerusi novel Uprooted.

Sorcerer to the Crown yang diterbitkan oleh Macmillan, mengisahkan tentang kuasa magik, komplot dan politik dalam Pemerintahan London.

Penulis berusia 30 tahun itu membesar di Malaysia sebelum berpindah ke England untuk bekerja sebagai peguam.

Beliau pernah menjadi pengarang bagi buku Cyberpunk: Malaysia yang merupakan koleksi kisah sains fiksyen selain menulis kisah antologi, Spirits Abroad yang memenangi anugerah di William L. Crawford Fantasy Award pada 2015.

Kedua-dua buku itu diterbitkan oleh Fixi Novo.


Zhe Cho, British Fantasy Award

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain