suria

Najib Rasmi Sambutan Hari Peneroka Felda 2016

MERIAH…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambaikan tangan ketika disambut meriah oleh para peneroka Felda ketika menghadiri Sambutan Hari Peneroka Felda 2016 Peringkat Kebangsaan di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Jumaat.
 Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.
 -fotoBERNAMA
MARAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Stadium Tun Razak di sini pada Jumaat untuk merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2016 peringkat kebangsaan.

Ketibaan Najib kira-kira jam 9.30 pagi disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Pada majlis itu, perdana menteri dijadual menyampaikan Anugerah Keceriaan Kampung Felda yang menawarkan hadiah berjumlah RM1 juta.

Najib juga akan menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Khidmat Bakti kepada 10 orang bekas peneroka yang telah berkhidmat cemerlang.

Anugerah lain yang akan disampaikan ialah Anugerah Masjid Contoh dan Tokoh Imam yang disenarai pendek daripada 263 masjid Felda atau masjid di bawah pentadbiran Felda.

Lebih 15,000 peneroka Felda dari seluruh negara hadir menyambut Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2016 kali ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Menurut Najib, walaupun Felda telah mengecapi pelbagai kejayaan sejak penubuhannya itu, namun sebagai pewaris kepada legasi ayahandanya Tun Razak, beliau masih belum berpuas hati dan sentiasa berusaha untuk melakukan lebih banyak penambahbaikan.

"Saya nak lepaskan Felda cukup susah, patut saya tidak pegang Felda, tetapi kerana Felda telah sebati dengan saya dan keluarga, maka saya tetap bersama-sama untuk beri sokongan dan bantuan supaya Felda akan terus berjaya, dapat lebih banyak keselesaan," katanya.

Untuk itu, Najib berkata sebagai langkah tranformasi, kerajaan bercadang melakukan penambahbaikan terhadap tadbir urus Felda dan hal itu akan dibincangkan dengan lebih teliti dalam 'Makmal Pemantapan Felda' yang rumusannya akan diumumkan tidak lama lagi.

"Saya dengar di hujung telinga, ada sok sek orang buat memorandum, ada yang dah jumpa saya kata (Felda) dah ambil buah tetapi bayar lambat, buat rumah tetapi mahal, kutip buah masih bersepah, penyata tak lengkap dan lambat keluar, saya dengar semua ini.

Artikel Lain