suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penggerak Mahasiswa Dominasi Pemilihan MPPUM

PETALING JAYA: Penggerak Mahasiswa mendakwa berjaya mendominasi keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) bagi sesi 2016/2017.

Calon Penggerak Mahasiswa, Hazwan Syafiq Haznain berkata, secara tidak rasmi kumpulannya berjaya memenangi 29 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.

Penggerak Mahasiswa memenangi sesi pemilihan  lepas dan mensasarkan untuk memenangi 30 kerusi kali ini.

Menurut Hazwan, walaupun Penggerak Mahasiswa menguasai majoriti kerusi, tetapi persaingan agak sengit.

Keputusan tidak rasmi diumumkan oleh Naib Canselor UM, Profesor Dr. Mohd Amin Jalaludin  di Dewan Tunku Canselor dan turut disiarkan secara langsung di YouTube UM pada Khamis.

Beliau sebelum itu mengumumkan seramai dua calon menang tanpa bertanding.

Pemilihan MPPUM dibahagikan kepada dua iaitu Umum dan Fakulti, merangkumi 40 buah kerusi untuk dipenuhi, iaitu 32 bagi Fakulti dan 8 untuk kerusi Umum.

Pengundian semula bakal bermula pada 3 hingga 6 petang Jumaat, manakala keputusan tidak rasmi akan diumumkan pada 6.30 petang hari sama.

"Bermula pada 9 hingga 11 malam, proses bantahan akan dibuka dan panel akan bersidang pada pagi Sabtu.

"Peringkat seterusnya, rayuan terhadap keputusan bantahan pula akan bermula dua jam selepas keputusan bantahan diumumkan. Dalam tempoh 24 jam selepas itu barulah keputusan rasmi akan diumumkan," jelas Mohd Amin.

MPPUM, Universiti Malaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain