suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Yakob Cadang Tokoh Lain Jadi Mursyidul Am

KOTA BHARU: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa dengan jawatan tersebut mencadangkan supaya tokoh lain dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Haron Din.

Beliau yang juga Menteri Besar (MB) Kelantan memberi alasan untuk menolaknya kerana sibuk dengan pelbagai komitmen lain.

"Saya dengan secara jelas, pohon supaya sahabat-sahabat lain mengambil (tugas) sebagai Mursyidul Am. Saya kalau boleh (mahu) kekal sebagai timbalan (Mursyidul Am PAS). Ada yang layak dalam PAS, tapi saya tak boleh nak cadangkan secara terbuka.

"Bagaimanapun bagi saya, saya rasa lebih baik saya kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am. Saya banyak tugas, MB lagi, Pesuruhjaya (PAS Kelantan) lagi, kita agih-agihlah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini pada Rabu.

Ustaz Haron Din meninggal dunia pada 16 Sept lepas semasa mendapat rawatan di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Ditanya sekiranya Majlis Syura Ulama PAS mahu beliau menyandang jawatan tersebut, Ahmad berkata: "Itu (Majlis Syura Ulama) tidak mesyuarat lagi, (jadi) tak boleh andai. (Saya beri) signal (isyarat) lah (kekal) sebagai timbalan.

"Itulah sebaik-baiknya," kata beliau. - BERNAMA

PAS, Mursyidul Am

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain