suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Standard Madu Kelulut Siap Jun 2017

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Standard Madu Kelulut dijangka siap dibangunkan Jun tahun depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau.

Beliau berkata inisiatif membangunkan Standard Madu Kelulut adalah berikutan pemalsuan madu kelulut yang berleluasa di pasaran boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Katanya standard itu bertujuan untuk memastikan ketulenan madu kelulut serta untuk penjenamaan sebagai Super Food pertama Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Standard ini diharap akan menjadi dokumen standard yang boleh dipercayai dan bertaraf dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Standard Madu Kelulut dibangunkan Jabatan Standard Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Madius berkata agensi-agensi kementerian turut dilibatkan seperti Institut Genom Malaysia (MGI), Institut Bioteknologi Malaysia (NIBM) dalam pengumpulan sampel madu kelulut untuk dianalisis manakala NanoMalaysia bertanggungjawab untuk mendapatkan sampel dari Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain