suria

Lelaki Hilang Ditemui Mati Terapung

Gambar hiasan.

LANGKAWI: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang berdekatan Taman Nilam di sini malam tadi, ditemui mati dengan keadaan mayatnya terapung dalam kawasan hutan paya bakau berdekatan, Selasa.

Mayat Ibrahim Abu, 27, ditemui dalam satu operasi mencari yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas mendapat laporan kehilangan itu kira-kira pukul 7.52 malam Isnin.

"Mayat mangsa ditemui pukul 9.06 pagi ini berhampiran tebing sungai paya bakau sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," kata Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman.

Sementara itu, operasi mencari seorang pelancong warga Mesir yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari balkoni chalet sebuah hotel di Tanjung Burau di sini pada Isnin masih lagi diteruskan.

Yahya Yousry Mohamad Al-Sayid, 27, yang dilaporkan hilang kira-kira pukul 4 petang Isnin masih belum ditemui sehingga 12 tengahS Selasa oleh pasukan mencari dan menyelamat. - BERNAMA

Hilang

Artikel Lain