suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkhidmatan Komuter Dilanjut Sempena Citrawarna

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dilanjutkan sehingga 1 pagi Isnin depan sempena program Citrawarna 2016 di Dataran Merdeka pada Ahad.

KTMB berkata perkhidmatan yang dilanjutkan itu adalah bagi laluan Putra- Pelabuhan Klang, Putra-Sungai Gadut dan KL Sentral-Rawang.

"Bagi laluan Putra-Pelabuhan Klang, tren bermula 12.49 tengah malam dari stesen Putra manakala bagi laluan Putra-Sungai Gadut, ia bermula 12.54 tengah malam dari stesen Putra.

"Sementara bagi tren KL Sentral-Rawang, ia disediakan pada pukul 1 pagi," kata KTMB dalam satu kenyataan.

Ia berkata lima stesen turut dilanjutkan operasinya iaitu stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur, KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan.

Orang ramai disaran agar membeli tiket pergi-balik atau menggunakan kad 'Touch 'n Go' untuk mengelak kesesakan di mesin jualan tiket.

Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian 03-22671200 atau menerusi Twitter @ktmkomuter. - BERNAMA

Komuter, Citrawarna

Artikel Sebelum

Kementerian Kaji Beban Guru

Artikel Lain