suria

Empat Beradik Ditahan Miliki Senapang Angin Buatan Sendiri

- Gambar hiasan
KUANTAN: Polis menahan empat beradik lelaki bersama dua laras senapang angin buatan sendiri yang telah dileraikan di sebuah rumah di Felda Jengka 6, Bandar Jengka dekat Maran, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mat Rizal Mat Radzi berkata suspek yang berumur antara 32 dan 36 tahun berkenaan ditangkap dalam serbuan di rumah mereka pada 1 pagi tadi, hasil maklumat awam.

"Pemeriksaan lanjut dalam rumah tersebut, polis merampas dua beg galas, dua bekas karung berisi biji guli, satu botol cecair jernih dan empat biji bateri sel kering," katanya kepada Bernama Selasa.

Mat Rizal berkata tangkapan berkenaan dibuat kerana mereka memiliki senapang angin dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Beliau berkata serbuan dan tangkapan dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Maran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain