suria

Bersih 5: Gabungan NGO Malaysia Mahu Polis Ambil Tindakan

Datuk Jamal Md Yunos
KUALA LUMPUR: Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia mahu polis mengambil tindakan terhadap penganjur yang merancang mengadakan perhimpunan Bersih 5 di ibu negara, November depan.

Pengerusinya Datuk Jamal Md Yunos berkata penganjuran Bersih 5 dilihat cuba menghasut rakyat melakukan perhimpunan jalanan, sedangkan mereka boleh melakukannya di tempat yang lebih terkawal seperti di dalam stadium.

"Kita ada undang-undang dan peraturan yang perlu diikut, jadi saya menyeru kepada (penganjur) Bersih 5 untuk menghormatinya dengan melakukan perhimpunan ini di dalam kawasan yang dicadangkan seperti stadium.

"Tetapi sekiranya Bersih 5 berkeras ingin melakukan perhimpunan jalanan, kami (kumpulan Baju Merah) sudah bersedia dan tidak teragak-agak untuk bertembung dengan mereka (pada perhimpunan itu)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis pada 3 petang di Balai Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Jamal berkata pihaknya yakin penganjuran Bersih 5 tidak akan berjaya kerana tidak akan mendapat sambutan daripada rakyat.

Sebelum itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah memberitahu sidang media bahawa pihaknya merancang mengadakan acara konvoi di seluruh negara menjelang perhimpunan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain