suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Satu Tahun Didakwa Ditinggal Lima Jam Dalam Kereta Meninggal Dunia

- Gambar hiasan
KULAI: Bayi perempuan berusia satu tahun yang didakwa ditinggalkan di dalam kereta selama lebih dari lima jam di Saleng di sini telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Razak Md Said berkata, bapa bayi itu telah membuat laporan polis kira-kira pukul 4.15 petang Selasa berhubung kejadian ini.


Beliau berkata, berdasarkan laporan, isteri kepada lelaki itu telah meletakkan anak mereka di tempat duduk bahagian belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh kanak-kanak sekitar jam 9.30 pagi.


Razak menegaskan bahawa bapa mangsa telah memandu dari rumah mereka di Bandar Putra ke tempat kerjanya di bandar Saleng tanpa menyedari anak perempuannya berada di tempat duduk belakang.

"Pengasuh kemudian menghubungi bapa mangsa kira-kira pukul 3 petang, bertanya mengapa dia tidak menghantar anaknya itu ke rumahnya.

"Bapa bayi itu kemudian pergi ke keretanya dan mendapati anaknya dalam keadaan lemah," kata beliau sambil menambah lelaki tersebut terus memandu ke Hospital Kulai tetapi sudah terlambat.


Razak berkata bedah siasat akan dijalankan pada Rabu untuk menentukan punca sebenar kematian.

Beliau berkata kes itu telah diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline polis negeri di 07-221 2999 atau membuat laporan di balai polis berhampiran.

Artikel Lain