suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naza Hadiah Kia Sportage Kepada Atlet Pingat Emas Paralimpik

Model Kia Sportage. Foto Kia Malaysia

PETALING JAYA: Naza Corporation Holdings akan memberi ganjaran sebuah kereta Kia Sportage serba baharu kepada atlet negara yang mencipta sejarah memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio di Brazil.

"Saya amat berbangga dengan atlet paralimpik Malaysia yang akan membawa pulang pingat emas milik mereka ke tanah air.

"Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza akan memberikan ganjaran berupa Kia Sportage serba baharu setiap seorang kepada atlet negara yang memenangi pingat emas di Paralimpik Rio 2016," kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya, Nasarudin Nasimuddin dalam satu kenyataan pada Ahad.

Nasarudin, yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia berkata, pencapaian atlet di Rio bukan sahaja memberi inspirasi kepada atlet lain tetapi juga buat seluruh rakyat Malaysia.

"Atlet paralimpik negara telah menunjukkan kecekalan mereka walaupun terdapat kekurangan. Inilah cara kita menunjukkan Malaysia Boleh!" katanya.

Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) yang turut memecah rekod dunia dengan catatan 16.84 meter.




Artikel Sebelum

Artikel Lain