Dr Mahathir Kini Tiada Kewarasan - Rahman Dahlan

JOHOR BAHRU: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini sudah sampai ke tahap tiada kewarasannya.

Beliau berkata apa sahaja tindakan yang dilakukan bekas perdana menteri itu, termasuk tidak menolak untuk bekerjasama dengan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menjadi sesuatu yang bukan luar biasa lagi.

"Tun Mahathir sudah kelirukan satu negara dan saya rasa, apa yang beliau buat sekarang ini tidak lagi menjadi satu perkara yang luar biasa apabila sudah sampai di satu tahap di mana tindakan-tindakan beliau ini pada saya, tiada kewarasannya," katanya.

Abdul Rahman yang juga menteri di jabatan perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Umno bahagian tersebut, MohammadKhairi A Malik.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menegaskan tiada masalah bagibeliau untuk bekerjasama dengan Anwar, sama seperti yang dilakukan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dr Mahathir muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas untuk menghadiri pendengaran kes permohonan yang difailkan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu yang sebelum ini merupakan seteru politik adalah yang pertama sejak 18 tahun.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Abdul Rahman menggesa seluruh anggota Umno supaya sentiasa bersatu padu, menyemai sikap ikhlas dalam perjuangan parti serta menunjukkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada pemimpin.

Pengarah Komunikasi Strategik BN itu berkata semua itu bukan sahaja menjamin kelangsungan Umno malah dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Umno merupakan parti yang sentiasa konsisten kerana Umno mempunyai tujuan.Perjuangan kita rapat kepada bangsa dan agama, namun kaum-kaum lain tidak dianaktirikan," katanya. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain