suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRU14: Tun M, Mukhriz Dicabar Bertanding Di Kubang Pasu, Jerlun

ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dicabar bertanding di Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau merasakan rakyat masih menyokongnya.

Haris Che Mat, bekas Pegawai Khas Politik Mukhriz, mendakwa bekas menteri besar Kedah itu takut bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Sebaliknya, Mukriz memilih bertanding di kerusi Petaling Jaya Utara atau Puchong, kata Haris yang juga Naib Ketua Umno bahagian Pokok Sena pada sidang berita di sini, Sabtu.

"Jika ia benar, maka saya minta Mukhriz bertanding di Jerlun dan bapanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di (Parlimen) Kubang Pasu pada PRU14 nanti.

"Sekiranya Tun Dr Mahathir tidak berani isytihar bertanding pada PRU14, eloklah beliau pencen terus daripada politik," katanya.

Dr Mahathir dan Mukriz adalah antara yang menganggotai parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang ditubuhkan baru-baru ini. -- Bernama

Artikel Lain