suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Temui PM Thailand

BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Rumah Kerajaan Thailand bagi Rundingan Tahunan Malaysia -Thailand kali Ke-6.

Beliau disambut oleh rakan sejawatannya dari Thailand, Prayuth Chan- o- cha pada Jumaat sebelum menyertai pemeriksaan perbarisan kawalan hormat.

Antara menteri kabinet yang hadir mengiringi Najib ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua pemimpin negara itu dijangka berbincang berkenaan dengan isu keselamatan dan ekonomi.

Butir-butir kenyataan bersama perbincangan dijangka akan didedahkan lewat petang Jumaat.

Artikel Berikut

Artikel Lain