suria

Siling Hospital Di Pahang Runtuh, Jururawat Cedera

KUANTAN: Beberapa panel siling di wad 5C Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, runtuh dalam kajadian angin kencang pada pukul 5 petang Khamis.

Pengarahnya Datuk Dr Ardi Awang berkata kejadian menyebabkan beberapa jururawat cedera ringan akibat terkena runtuhan panel siling itu, bagaimanapun tiada kejadian serius dilaporkan.

"Tiada pesakit yang cedera dalam kejadian itu. Semasa kejadian, seramai 40 pesakit berada di wad berkenaan," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Dr Ardi menambah kerja baik pulih dijalankan serta merta dan siap sepenuhnya pada pukul 9.30 malam.

Malam tadi, sekeping gambar yang menunjukkan runtuhan panel siling di dalam wad sebuah hospital tersebar di laman sosial Facebook dengan komen mengatakan kejadian berlaku di HTAA.

Kejadian itu didakwa menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan jururawat yang bertugas segera memindahkan pesakit ke kawasan lebih selamat. - BERNAMA

Siling Runtuh, Hospital

Artikel Lain