suria

Budaya Mahu Jadi Yang Terbaik Rahsia Kejayaan SMGB - Pengerusi

Datuk Seri Wong Chun Wai (empat dari kiri) bersama Datuk Fu Ah Kiow (lima dari kiri) bersama kakitangan meraikan ulang tahun ke-45 syarikat di Star Media Hub Bukit Jelutong, Jumaat.

PETALING JAYA: Kumpulan Media Star Berhad (SMGB) berjaya mencapai usia 45 tahun kerana kakitangan syarikat mengamalkan budaya untuk menjadi yang terbaik, kata Datuk Fu Ah Kiow.

Pengerusi SMGB itu menegaskan, amalan positif di kalangan pekerja yang juga tulang belakang syarikat membolehkan ia dikenali antara media tempatan terunggul di negara ini.

"Selepas ini, SMGB tidak lagi bergantung hanya kepada pencetakan akhbar sebagai pendapatan. Kita akan mempelbagaikan lagi perniagaan, mengikut peredaran semasa dan perkembangan teknologi.

"Saya yakin kakitangan syarikat mempunyai pelbagai bakat dan pasukan untuk terus berjaya dan gemilang untuk 45 tahun akan datang," katanya.

Pada majlis itu juga, SMGB turut melancarkan dua platform portal TV terbaharu iaitu Lensa mStar dalam Bahasa Malaysia dan Pau bagi siaran berbahasa Mandarin.

Sempena ulang tahun itu juga syarikat mengadakan majlis khas di Menara Star, di sini pada Jumaat bagi meraikan kejayaan yang dikecapi sejak bertapak dalam industri kewartawanan pada 1971, bermula dengan penerbitan akhbar The Star.

Selain Ah Kiow, majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusan Kumpulan serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Seri Wong Chun Wai.

Turut diraikan adalah kakitangan yang telah lama berkhidmat dengan menyampaikan anugerah khas, selain trofi serta acara memotong kek.

Selain itu, Yayasan Amal SMGB turut menyumbangkan sebanyak 14 kerusi roda kepada golongan yang memerlukan.






Artikel Sebelum

KDN Haram 4 Buku Seleweng Akidah

Artikel Berikut

Gugur Janin Belum Jatuh Fatwa

Artikel Lain