suria

Mayat Lelaki Tanpa Pakaian Ditemuai Di Bangunan Rumah Burung

JOHOR BARU: Mayat seorang lelaki tidak berpakaian ditemui di bangunan rumah burung terbiar di kawasan kebun kelapa sawit, di Kampung Kota Dalam, Ayer Hitam, dekat batu Pahat pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata, mayat dalam keadaan tertiarap di tepi dinding luar bangunan rumah burung itu terdahulu ditemukan orang awam sebelum menghubungi polis kira-kira 3.05 petang untuk tindakan lanjut.

"Siasatan mendapati mayat terbabit merupakan seorang lelaki berumur 38 tahun. Si mati merupakan penagih dadar tegar yang tinggal di kawasan kira-kira satu kilometer dari jalan utama Ayer Hitam tersebut sejak awal tahun ini," katanya menerusi kenyataan di sini, Jumaat.

Abdul Wahib berkata lelaki terbabit disyaki meninggal dunia sejak empat hari lepas berdasarkan mayatnya yang sudah reput dan berulat.

Beliau berkata pemeriksaan awal pada mayatnya didapati tiada kesan jenayah dan mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat.

"Si mati yang pernah ditangkap beberapa kali kerana menagih dadah telah dicam oleh bapa saudaranya.

"Difahamkan, si mati yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik juga tiada dokumen pengenalan diri kerana ibu bapanya tidak mendaftarkan kelahirannya," katanya.

Menurut Abdul Wahib, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Sebelum

Gugur Janin Belum Jatuh Fatwa

Artikel Berikut

Artikel Lain