suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Pendidikan Nafi Soalan UPSR Berbaur Perkauman

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafikan terdapat soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, berbaur perkauman seperti yang tersebar di media sosial. 

Kenyataan kementerian itu pada Khamis menyebut siasatan yang dijalankan Lembaga Peperiksaan (LP) mendapati soalan seperti yang tersebar di media sosial itu bukanlah soalan yang terdapat dalam UPSR 2016.

Menurut kenyataan itu, soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan oleh LP telah melalui proses penilaian bagi memastikan ia mencakupi kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan.

Sambil melahirkan kekesalan atas penyebaran kenyataan yang tidak benar itu, kementerian menyatakan pihak LP amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutamanya dalam konteks soalan peperiksaan. - Bernama

UPSR

Artikel Berikut

Artikel Lain