suria

Polis Trafik Bersih Laluan Motosikal Tersumbat Akibat Hujan Lebat

Anggota polis trafik membantu membersihkan laluan motosikal yang tersumbat akibat hujan lebat di Jalan 222 bagi memastikan keselesaan dan kelancaran pengguna motosikal.

PETALING JAYA: Demi memastikan keselesaan dan kelancaran pengguna motosikal, anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membantu membersihkan lorong motosikal dekat Lebuhraya Persekutuan, yang ditenggelami air akibat hujan lebat.

Hujan lebat di sekitar Petaling Jaya selama kira-kira tiga jam sejak pukul 3 petang Khamis.

Pasukan yang diketuai Koperal Shaiful membuat kawalan lalu lintas di kawasan sekitar bertindak membersihkan lorong motosikal yang tersumbat di Jalan 222 menghala ke Klang dan laluan menghala ke Kuala Lumpur dekat bangunan Nanyang Siang Pau.

Anggota polis trafik mengawal lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang Subang Lama dengan sebahagiannya ditenggelami air selepas hujan lebat.

Bantuan beberapa anggota polis trafik itu bagi melancarkan pergerakan pengguna motosikal terkandas di kedua-dua hala sehingga terpaksa menggunakan Lebuhraya Persekutuan.

Kedua-dua lorong kembali lancar selepas kerja-kerja pembersihan sampah yang mengakibatkan laluan tersumbat, berjaya dilakukan.

Sementara itu, pasukan polis trafik turut mengawal lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang Subang Lama dengan sebahagiannya ditenggelami air selepas hujan lebat pada petang Khamis.

Artikel Sebelum

Aidiladha Disambut 12 September

Artikel Lain