suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aidiladha Disambut 12 September

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 12 September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan pada Khamis malam.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1437 Hijrah ialah pada Sabtu, 3 September 2016.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 September 2016," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini Khamis. - Bernama

Aidiladha

Artikel Lain