Malaysia Catat Kes Pertama Zika - Semasa | mStar

Malaysia Catat Kes Pertama Zika

Datuk Seri Dr S. Subramaniam
PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus tersebut selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata wanita berusia 58 itu yang menetap di Bandar Botanic, Klang telah datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang selepas mula mendapat gejala ruam, seminggu selepas pulang dari negara jiran terbabit.

"Berdasarkan sejarah lawatan beliau ke Singapura dan anak perempuan yang berada di sana juga telah dijangkiti virus itu, maka wanita tersebut telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil ujian air kencing menunjukkan beliau telah dijangkiti Zika," katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Tambahnya, difahamkan wanita itu yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh kini berada dalam proses pemulihan.

Menurutnya, setakat ini negara jiran, Singapura telah mencatatkan lebih 115 kes jangkitan Zika dengan lima orang daripadanya adalah rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di sana.

Susulan itu, katanya, kementerian telah mengambil langkah kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat yang dilawati pesakit termasuk tempat pembiakan aedes, penggunaan larvisid dan semburan kabus.

"Kami juga membuat pemeriksaan dan memantau kenalan yang telah berhubung dengan beliau sama ada turut mengalami demam atau simptom Zika yang lain," katanya.

Ditanya adakah kementerian akan mengeluarkan nasihat larangan ke Singapura susulan perkara itu, Dr Subramaniam berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian dan jika ia dilakukan akan memberi impak lain.

"Terdapat kira-kira 200,000 rakyat Malaysia yang berulang alik ke Singapura setiap hari dan mereka dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai krim penghalau nyamuk sekerap mungkin," katanya.

Dr Subramaniam berkata bagi kenderaan dari Malaysia ke Singapura atau sebaliknya dinasihatkan untuk menggunakan penyembur ubat nyamuk ke atas kenderaan mereka bagi mengelakkan nyamuk aedes pembawa penyakit tersebut merentasi ke negara ini.

"Selain itu, kami juga menasihatkan wanita mengandung yang mempunyai apa-apa soalan berkenaan Zika segera merujuk kepada pakar perubatan kerana risiko bagi bayi yang dikandungi untuk dijangkiti virus itu adalah tinggi," katanya.

Dr Subramaniam berkata buat masa ini terdapat antara 60 dan 70 pusat perubatan kementerian yang mempunyai kemudahan mengesan virus Zika di seluruh negara selain makmal perubatan swasta.

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Ketika Buat Pusingan-U

Artikel Berikut

Peniaga Nasi Kandar Terkejut Dapat Pujian PM

Artikel Berkaitan

Dua Adik-Beradik Diuji Positif Zika

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain