suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Cedera, Bas Terbalik Di Lebuhraya Karak

PETALING JAYA: Kira-kira 14 orang cedera selepas sebuah bas persiaran terbalik di Kilometer 31.3 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu pada kira-kira pukul 4 petang Rabu.


Beliau berkata, seramai 14 orang termasuk pemandu bas cedera dan dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Difaham, kenderaan itu menghalang kesemua lorong lebuhraya kecuali laluan kecemasan, mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang 9 kilometer.

Artikel Lain