suria

'Jeneral Bank' Ditahan

- Gambar hiasan

PETALING JAYA: Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM15 juta.

Beliau menjadi orang kedua daripada pengurusan tertinggi bank berkenaan yang ditahan SPRM.


Abdul Aziz Zainal

Sebelum ini pada Khamis minggu lalu, Pengarah Urusan bank itu, Datuk Mustafha Abd Razak ditahan dan dikenakan tahanan reman.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan tindakan suruhanjaya itu pada Isnin.

"Saya mengesahkan penahanan itu. Ia adalah untuk memudahkan siasatan yang sedang berjalan , " katanya yang enggan mengulas lanjut.


Satu sumber memberitahu The Star bahawa pengerusi Bank Rakyat itu ditahan di pejabatnya di Jalan Rakyat pada kira-kira pukul 1.15 tengah hari, Isnin.

"Wang tunai hampir RM1 juta dalam akaun banknya telah dibekukan sementara menunggu siasatan. Kami ke pejabatnya untuk menahan beliau," katanya.


Mustafha Abd Razak

Sumber itu berkata, SPRM tidak menolak kemungkinan untuk membekukan aset-aset lain yang dimiliki suspek berusia 65 tahun itu jika ia ada kaitan dengan kes.

Selain Abdul Aziz dan Mustafha, seorang lagi pegawai turut ditahan sebelum ini berhubung dakwaan rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.
SPRM, Abdul Aziz Zainal, Bank Rakyat

Artikel Berikut

Artikel Lain