suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa 11 September

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 11 September ini yang bersamaan 9 Zulhijjah, sempena Hari Wukuf.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bertujuan memberi peluang kepada umat Islam di negeri ini berpuasa sunat dan melakukan persiapan menyambut Aidiladha.

"Kita jangka Aidiladha pada Isnin dan Selasa manakala Ahad Hari Wukuf," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Selasa.

Sehubungan itu, katanya, Ahad (11 September) diisytiharkan sebagai cuti peristiwa.

Ahmad Yakob, Hari Wukuf

Artikel Lain