suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Isma Bersalah Kerana Menghasut

Abdullah Zaik Abd Rahman

KAJANG: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman didenda RM2,000 selepas Mahkamah Sesyen di sini mendapati beliau bersalah kerana menghasut.

Mahkamah yang sama pada Mei lalu membebaskan beliau atas tuduhan utama kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan namun mengarahkan beliau untuk membela diri atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Pertuduhan itu kerana menerbitkan satu artikel bertajuk "Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan" di laman web Isma dua tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan Abdullah Zaik membayar denda atau dipenjara selama dua tahun jika gagal berbuat demikian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di ibu pejabat Isma di Bangi pada 6 Mei , 2014.

Abdullah Zaik kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau menerima keputusan mahkamah itu.

Abdullah Zaik Abd Rahman, Isma

Artikel Berikut

Artikel Lain