suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Sekeluarga Maut Kemalangan Di Lembah Beringin

KUALA LUMPUR: Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM 405 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, dekat Lembah Beringin, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata seorang daripada mangsa yang maut merupakan anggota polis yang dikenali sebagai Ahmad Faizal Abdul Rahim.

Beliau berkata dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 1 pagi tadi, Ahmad Faizal bersama isteri dan dua anaknya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Kemalangan membabitkan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta tiga kereta iaitu Perodua Axia, Proton Suprima, dan Honda Stream yang dinaiki mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Supramaniam berkata punca kemalangan itu masih disiasat.

Artikel Lain