suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MO1: Polis Akan Panggil MP Langkawi

Nawawi Ahmad.

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berhubung kenyataannya mengenai Yang di-Pertuan Agong adalah 'Malaysian Official 1' (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah menerima beberapa laporan mengenai perkara itu dan siasatan akan dijalankan.

"Kami akan memanggil anggota Parlimen berkenaan untuk merakam keterangannya dalam tempoh yang terdekat," katanya kepada pemberita bersempena majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di sini.

Nawawi sebelum ini memuat naik status di laman Facebooknya menyatakan Yang di-Pertuan Agong ialah MO1 bertanggungjawab terhadap kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

DOJ menyebut MO1 dalam laporan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - BERNAMA
MO1, Nawawi Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Lain