suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Olimpik: PM Ucap Tahniah Chong Wei Mara Ke Aksi Akhir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri majlis Ulang Tahun ke-10 Yayasan Khazanah di sini,Jumaat malam sempat menyaksikan kejayaan Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.

Perlawanan itu disaksikan Perdana Menteri dan tetamu majlis makan malam berkenaan di skrin besar yang disediakan di dewan berlangsungnya majlis itu.

Kejayaan Chong Wei menewaskan Lin Dan dari China untuk mara ke perlawanan akhir, menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada para hadirin.

Ketika berucap di majlis itu, Najib menyifatkan perlawanan itu sebagai mendebarkan sehingga ke mata kemenangan. 

"Tahniah Chong Wei kerana mencipta sejarah menewaskan Lin Dan. Selepas inisaya akan bergegas pulang untuk menyaksikan penentuan pingat emas acara beregu lelaki antara  pemain negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menentang pemain China, Fu Haifeng-Zhang Nan," katanya. 

Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan di pentas Olimpik dengan 15-21,21-15 dan 22-20 di pusingan separuh akhir. -Bernama

Najib Tun Razak, Lee Chong Wei

Artikel Lain