suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khalid Minta Penganjur Bersih Cari Lokasi Lain

Khalid memakaikan lencana pangkat kepada pengawai kanan, Koh Seok Keng pada majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan penganjur perhimpunan Bersih yang bakal diadakan agar mencari lokasi lain selepas Dataran Merdeka tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia akan menjadi suatu kesalahan jika perhimpunan itu tetap diteruskan.

"Ia adalah sama seperti memasuki rumah seseorang tanpa kebenaran," katanya kepada pemberita bersempena majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di sini.

Khalid berkata polis pihak akan cuba memberi kelonggaran sekiranya pihak penganjur boleh mencari tempat baru kerana tempoh masa yang pendek.

Selain itu, beliau memberitahu pihak polis akan memanggil anggota Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berhubung kenyataannya Yang di-Pertuan Agong adalah 'Malaysian Official 1' (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Katanya polis sudah menerima beberapa laporan mengenai perkara itu dan siasatan akan dijalankan. 

"Kami akan memanggil anggota Parlimen berkenaan untuk merakam keterangannya dalam tempoh yang terdekat," katanya.

Nawawi sebelum ini memuat naik status di laman Facebooknya menyatakan Yang di-Pertuan Agong ialah MO1 bertanggungjawab terhadap kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

DOJ menyebut MO1 dalam laporan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel Lain