suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Selesai Siasatan Fasa Pertama 1MDB - Khalid

KUALA LUMPUR: Polis telah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlandaskan lima syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan itu merangkumi penelitian dokumen dan merakam keterangan individu terlibat di dalam negara.

Ditanya sama ada siasatan 1MDB selesai dibincangkan di Jabatan Peguam Negara, Khalid berkata polis masih belum selesai berbincang mengenai tindakan selanjutnya.

"Saya menjangka perbincangan ini akan diselesaikan dalam tempoh satu ataudua minggu lagi.

"Insya-Allah, kami akan memberi taklimat kepada Jabatan Peguam Negaratentang hasil siasatan fasa pertama berkenaan 1MDB. Ini berikutan siasatan yang dijalankan memakan masa panjang kerana banyak dokumen tebal yang perlu diteliti," katanyapada Jumaat.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini.   

Ditanya sama ada polis telah memulakan fasa siasatan kedua 1MDB iaitu menghantar pegawai mengambil keterangan daripada orang terlibat yang berada diluar negara, Khalid berkata perkara itu belum dilakukan.

"Pasukan polis terlibat (untuk dihantar ke luar negara) telah ada dan 'onstand by'. Bila sudah dapat arahan, barulah siasatan fasa kedua bermula,"katanya.-Bernama

1mdb, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Artikel Lain