suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Kes Bunuh Bill Kayong Serah Diri

Bill Kayong.

KUCHING: Salah seorang daripada tiga suspek yang dikehendaki berhubung kes bunuh ahli politik PKR Sarawak, Bill Kayong menyerah diri di balai polis Miri pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dev Kumar berkata, lelaki berusia 50 tahun yang berasal dari Krokop di Miri itu tampil menyerah diri pada pukul 4.50 petang, dan ditemani peguamnya.

"Dia akan dihadapkan ke mahkamah majistret Miri esok untuk reman," kata Dev Kumar dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, usaha untuk menjejaki dua lagi suspek sedang dilakukan.

"Mereka dinasihatkan untuk menyerah diri secepat mungkin," tambahnya.

Kayong, 43, maut ditembak semasa menunggu di dalam keretanya di persimpangan lampu isyarat dekat E-Mart di Tudan, Miri pada kira-kira pukul 8.15 pagi pada 21 Jun.

Bill Kayong, Dev Kumar

Artikel Lain