suria

DBKL Tolak Perhimpunan 'Tangkap MO1' Di Dataran Merdeka

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 pada 27 Ogos ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz berkata, adalah menjadi dasar DBKL untuk hanya membenarkan Padang Merbok sebagai lokasi mana-mana perhimpunan.

"Seperti tahun sebelumnya, apabila Bersih memohon kebenaran, kami telah membenarkan (mereka untuk menggunakan) Padang Merbok. Dasar yang biasa," katanya kepada The Star menerusi teks mesej.

Ditanya sama Dataran Merdeka telah ditempah untuk digunakan oleh pihak lain pada 27 Ogos ini, Amin Nordin berkata penganjur perhimpunan perlu membuat semakan dengan Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Sukan DBKL.

"Dataran (Merdeka) tidak boleh, Padang Merbok boleh," katanya.

Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan yang kebanyakannya belia telah menunjukkan sokongan mereka terhadap perhimpunan itu.

Sayap pemuda parti politik seperti PKR, DAP dan Amanah turut berikrar untuk menyertainya.

Dilaporkan bahawa perhimpunan itu akan bermula di dua lokasi iaitu Sogo dan Masjid Negara.

Para peserta merancang untuk berarak dari dua lokasi berkenaan ke Dataran Merdeka pada pukul 2 petang.

Perhimpunan ini bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya menangkap dan mendakwa "Malaysian Official 1" yang dinamakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikatbaru-baru ini mengenai tuntutan sivil berhubung  1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DBKL, #TangkapMalaysianOfficial1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain