suria

Empat Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori

KUALA NERUS: Empat sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori tiga tan di sini, Khamis.

Kejadian pada pukul 12.40 tengah malam di hadapan SK Bukit Nanas berlaku selepas pemandu lori yang dalam perjalanan dari Tepoh ke Lingai dikatakan gagal mengawal kenderaan hingga merempuh kereta mangsa yang berada di arah bertentangan.

Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membawa keluar mangsa daripada Proton Saga FLX.

Mangsa yang maut dikenali Mustapha Abdullah, 56, dan anaknya, Azman, 32, manakala dua sepupunya, Alif Faizal Ismail@Ibrahim, 26, dan Sabri Ngah, 40-an.

Pemandu lori, Azmi Sulong dari Kampung Gomok, Tepoh tidak mengalami kecederaan dan sedang disiasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain