suria

Anak Merdeka Sertai #AnakAnakMalaysia Walk

PETALING JAYA: Mereka dilahirkan pada hari Tunku Abdul Rahman melaungkan laungan keramat "Merdeka" sebanyak tujuh kali dalam Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

Lima belas mereka ini benar-benar Anak-Anak Malaysia yang dilahirkan pada hari bersejarah 31 Ogos 1957 apabila Tunku sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama, mengisytiharkan kemerdekaan daripada pemerintahan British.

Mereka akan menyertai program #AnakAnakMalaysia Walk 2016 yang diadakan menjelang Hari Merdeka.

Penyertaan mereka disahkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Malah kakitangan jabatan itu dan Ketua Pengarahnya juga akan menyertai acara tersebut.

"Kesemua 15 yang berkenaan datang dari pelbagai bahagian yang berlainan di Malaysia. Mereka berusia 59 tahun dan mereka akan berada di sana pada hari Ahad ini," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Ibrahim dan kakitangannya teruja untuk menjadi sebahagian daripada acara berkenaan kerana tema untuk menggalakkan perpaduan, keharmonian dan toleransi adalah selari dengan tugas mereka.

"Saya katakan kepada diri bahawa inilah kita, ini adalah apa sekretariat saya mahu lakukan - membawa rakyat bersama-sama untuk meraikan kepelbagaian," kata Ibrahim.

Pada Rabu, Ibrahim dan 15 kakitangannya termasuk pengarah dari pelbagai bahagian dalam jabatan itu berada di Menara Star di sini untuk bertemu dengan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai dan memberikan 1,000 bendera Malaysia dan 100 salinan buku Semarak Malaysia sebagai tanda sokongan kepada inisiatif ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain