suria

PM Ucap Tahniah Kepada Pandelela, Jun Hoong Untuk Pingat Pertama Negara



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengucapkan tahniah kepada atlet terjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, awal pagi Rabu.

"Pingat pertama negara! Bangga dengan kejayaan @Pandelela_R dan Cheong Jun Hoong! Tahniah! #Rio2016 #MAS #Olympics," kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman Twitter rasminya, Rabu.

Pandelela dan Jun Hoong memenangi pingat pertama negara menerusi acara terjun 10m platform seirama di Pusat Akuatik Maria Lenk di Rio de Janeiro.

Gandingan penerjun negara mengumpul 344.34 mata untuk pingat perak di belakang gandingan China yang merangkul emas dengan 354 mata manakala Kanada meraih gangsa dengan 336.18 mata.

Seramai 32 atlet negara layak ke Sukan Olimpik 2016 yang bermula Jumaat lepas hingga 21 Ogos ini.

Artikel Lain