JPJ: Denda RM300 Main Pokemon Go Ketika Memandu - Semasa | mStar

JPJ: Denda RM300 Main Pokemon Go Ketika Memandu

KUALA LUMPUR: Mereka yang didapati bermain Pokemon Go ketika memandu kenderaan boleh didenda sehingga RM300, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron berkata denda itu sejajar dengan kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Sama ada pemandu menggunakan telefon bimbit untuk tujuan berkomunikasi mahupun untuk 'tangkap' karakter Pokemon ia tetap salah dan tindakan yang serupaakan diambil terhadap pesalah," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Beliau berkata jika perbuatan menggunakan telefon bimbit atau bermain Pokeman Go ketika memandu menyebabkan kemalangan dan kehilangan nyawa, mereka akan ditahan dan dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1986.

"Tiada kompromi dalam isu keselamatan orang awam," tegasnya sambil menasihati orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Menurut beliau, setakat ini masih belum ada pemandu di mana-mana negeri yang diambil tindakan kerana bermain Pokemon Go ketika memandu. 

Pokemon Go telah mencetuskan gelombang baharu dalam permainan realiti berperantara dalam sejarah penciptaan aplikasi telefon pintar.    

Ia merupakan permainan sembunyi-sembunyi konvensional yang memerlukan pemain mencari dan berlawan dengan karakter maya berdasarkan lokasi dunia sebenar yang dikesan melalui telefon pintar.    

Aplikasi ini dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai tahun ini di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, sebelum tersebar ke lebih 30 negara sekarang.

Sementara itu di JOHOR BAHARU, Ketua Jabatan Siasatan dan PenguatkuasaanTrafik Johor Supt Baharuddin Mat Taib turut menasihati pengguna jalan supaya tidak menggunakan telefon bimbit dan bermain Pokemon Go bagi memastikan keselamatan di jalan raya terjamin.

Beliau berkata sejak Januari hingga Jun tahun ini, pihaknya sudah mengeluarkan saman terhadap 1,875 individu kerana menggunakan alat komunikasi semasa memandu atau menunggang kenderaan manakala 2, 459 individu disaman dalamtempoh yang sama tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan lampu strobe pada kenderaan tanpa kebenaran.

"Penggunaan lampu strobe perlu mendapat kebenaran daripada Ketua PengarahJPJ dan mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 24 dan Kaedah 138 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/59).

"Lampu strobe merupakan sejenis lampu terang yang boleh kelihatan dari jarak jauh ... pihak polis memandang serius mengenai kesalahan ini dan akan menggiatkan penguatkuasaan," katanya. -Bernama

Pokemon Go , JPJ , RM300

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain