suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suasa Airlines Dilepaskan Daripada Salah Laku Berhubung Paparan Iklan

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah membebaskan Suasa Airlines Sdn Bhd daripada sebarang salah laku berhubung iklan 'Monspace' yang dipaparkan di salah sebuah pesawatnya.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata, selepas melihat kepada tuntutan dan hujah-hujah oleh syarikat itu, pihak berkuasa penerbangan telah melepaskan syarikat penerbangan itu berhubung paparan iklan tersebut.

"Tiada apa yang salah dengan iklan tersebut. Anda boleh melihat AirAsia juga mempunyai iklan Manchester United," katanya pada Rabu.

Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Kapten Sheikh Salleh Abod berkata iklan 'Monspace' pada pesawat milik Suasa Airlines adalah sesuatu yang diketahui oleh DCA.

DCA, iklan Monspace, Suasa Airlines

Artikel Lain