suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenek Maut Dipenggal Cucu

KOTA TINGGI: Seorang warga emas maut dipenggal cucunya yang dipercayai mengalami gangguan mental dalam kejadian di Felda Penggeli Timur di sini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian pada 6.30 petang itu, Maimon Abdul Samad, 76, bukan sahaja dipenggal malah tangan dan kedua-dua kakinya dikerat suspek lelaki yang berusia 19 tahun itu.

Beliau berkata kepala mangsa yang dipenggal itu diletakkan di hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuh mangsa dijumpai di bawah singki.

"Kedua-dua kaki mangsa dikerat di bahagian paha tetapi tidak putus, manakala kedua-dua tangan dipotong dan hanya tangan kiri yang kelihatan di sisi mangsa," katanya dalam kenyataan di sini malam Selasa.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati suspek menggunakan sebilah pisau berukuran antara empat hingga tujuh inci panjang, yang ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah mangsa.

Beliau berkata selepas kejadian, suspek cuba melarikan diri memasuki kawasan ladang sawit berhampiran, bagaimanapun berjaya ditangkap polis dengan bantuan penduduk kampung pada 8.30 malam Selasa.

"Suspek dipercayai mengalami gangguan mental akibat tidak makan ubat sejak beberapa bulan lepas," katanya.

Rahmat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. - BERNAMA

penggal, nenek, cucu mental

Artikel Lain