suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Blok Bangunan Hotel Musnah Dalam Kebakaran Di Sepang

PUTRAJAYA: Dua blok bangunan sebuah hotel yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang musnah dalam kebakaran petang Selasa.

Dalam kejadian itu, dua daripada 20 blok bangunan hotel yang menempatkan bahagian dapur, restoran, lobi, bahagian pentadbiran dan stor musnah.

Bernama difahamkan kebakaran berpunca dari bahagian dapur dan lounge hotel yang apinya merebak pantas berikutan struktur bangunan dan angin yang kuat.

Asap tebal dan olak haba dikatakan turut menyukarkan kerja-kerja memadam api.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Zamri Che Din berkata pihaknya yang menerima panggilan pada 3.48 petang menghantar antara lain empat jentera menyelamat, tiga jentera tangki air dan sebuah jentera membawa tangga.

Kebakaran berjaya dikawal dari merebak ke blok lain pada 6.12 petang dengan  kerja pemadaman akhir sedang dijalankan, katanya.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

kebakaran, hotel, Sepang

Artikel Sebelum

Nenek Maut Dipenggal Cucu

Artikel Lain